Peranan Agensi dalam Pelaksanaan Program Pembangunan Sosial: Kajian Kes Komuniti Orang Asli Perkampungan Sungai Berua Hulu Terengganu

Authors

  • Norhayati AB. Manaf Universiti Malaysia
  • Ramle Abdullah National Academy of Arts Culture and Heritage, Kuala Lumpur

DOI:

https://doi.org/10.56552/jisipol.v2i2.45

Keywords:

program pembangunan sosial, peranan agensi, komuniti Orang Asli, Sungai Berua

Abstract

Komuniti Orang Asli merupakan salah satu kaum peribumi di Semenanjung Malaysia yang majoritinya tinggal di kawasan pedalaman dan masih terkebelakang dalam arus pembangunan negara. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak agensi ke atas komuniti ini termasuklah program pendidikan, latihan dan kemahiran, kesihatan, penjanaan pendapatan, infrastruktur dan kemudahan sosial, namun tahap kualiti hidup komuniti ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan komuniti lain di Malaysia. Bagi membincangkan isu ini, dua objektif kajian telah dibangunkan iaitu (i) menjelaskan program-program pembangunan sosial yang telah dilaksanakandan (ii) mengenalpasti peranan agensi dalam pelaksanaan programpembangunan sosial ke atas komuniti Orang Asli Terengganu. Kajian ini melibatkan pihak agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Klinik KesihatanTambahan di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu. Sampel dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berbentuk kajian kes. Data dikumpul melalui teknik temubual danseterusnya, dianalisis dan diselaraskan dengan bantuan perisian NVIVO 11. Hasil kajian mendapati bahawa Program Pembangunan Sosial yang telah dilaksanakan oleh keempat-empat agensi secara keseluruhannya memberi penekanan kepada kesemua elemen dalam pembangunan sosial. Program Pembangunan Sosial yang dilaksanakan adalah seperti menyediakan kemudahan perumahan dan infrastruktur, program latihan dan kemahiran, program kekeluargaan, program pendidikan, program kerohanian dan program kesihatan. Kajian ini juga menemukan bahawa pihak agensi-agensi tersebut berperanan dalam proses perancangan, penilaian, pemantauan sesuatu program agar program – program yang dilaksanakan tersebut berjalan sesuai dengan jadual yang telah ditetapkan dan turut membuat kerjasama dengan pihak agensi lain dalam melaksanakan program secara bersama.

Downloads

Published

2021-02-25