Integriti Penjawat Awam Negeri Terengganu
DOI:
https://doi.org/10.56552/jisipol.v2i1.29Keywords:
penjawat awam, pengaduan awam, agensi awam, perkhidmatan awamAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji integriti penjawat awam di Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitaif dan borang soal selidik untuk mengumpul data primer.Seramai 460 orang dari seluruh Daerah Negeri Terengganu telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah persampelan berkadar.Kajian ini mendapati responden sangat berpuas hati dengan layanan penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Penghulu dan Pejabat Daerah dan Tanah.Sikap dan pengetahuan responden mengenai integriti berada di tahap baik dengan nilai min 7.50 di atas skala 10.Integriti penjawat awam juga berada di tahap baik iaitu pada nilai min 6.97.Kajian ini mendapati 85 isu integriti yang wujud dalam 17 agensi awam adalah bersifat sementara dan keperibadian penjawat awam. Isu yang bersifat sementara boleh diselesaikan sekiranya peruntukan kewangan mencukupi untuk mengatasinya seperti masalah letak kenderaan, kerosakan lif hospital dan infrastuktur tidak berfungsi. Manakala isu bersifat dalaman dan tingkah laku penjawat awam adalah sesuatu yang agak sukar untuk diselesaikan.Penjawat awam yang memberikan perkhidmatan kritikal seperti pegawai perubatan, jururawat dan pegawai penguatkuasa merupakan kumpulan paling ketara menunjukkan tingkah laku kurang baik ketika bertugas.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 JURNAL ILMU SOSIAL DAN ILMU POLITIK

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.